SMK Tun Habab Sertai Projek Penulisan Antologi Puisi Pelajar

Dua orang pelajar daripada SMK Tun Habab telah menyertai Projek Penulisan Antologi Puisi Pelajar Negeri Johor bertajuk Sutera Anugerah yang diterbitkan oleh Persatuan Penulis Johor. Mereka yang terpilih ini menyumbangkan karya dalam projek penulisan yang julung kali diadakan. Pelajar yang terlibat ialah Saudari Afiqah Izzati binti Mohammad Zaim dan Arieana Insyirah binti Iskandar Khor dan dibimbing oleh Puan Nurashikin binti Ishak

Penyerahan Antologi tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat, Puan Norlizah binti Noh yang merupakan Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor sempena Hari Puisi Kebangsaan Peringkat Negeri Johor di SMK Air Tawar pada 24 Julai 2022.

Berita ditulis oleh Cikgu Nurashikin binti ishak.

Copyright Themes © 2022