SMK Tun Habab Johan Hoki

Tahniah kepada pasukan Hoki SMk Tun Habab kerana telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Kejohanan Hoki MSSD Kota Tinggi. Kejohanan yang berlangsung pada 18 & 19 Julai 2022 di padang hoki Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail menyaksikan pasukan hoki (perempuan) Glorious Tun Habab menewaskan beberapa buah sekolah seperti Sekolah Mennegah Sains Bandar Penawar, SMK Bandar Penawar, SMK Adela dan SMK Bandar Easter sebelum menjadi johan.

Manakala pasukan hoki (lelaki) Glorius Tun Habab pula menewaskan sekolah Menengah Sains dan seri dengan SMK Bandar Penawar, SMK Seri Aman dan  SMK Bandar Easter.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan jurulatih yang terlibat.

Copyright Themes © 2022