Jelajah Al Aqsa di Hatiku Bersama PU Yeop

Program Jelajah Al Aqsa di Hatiku Bersama PU Yeop telah diadakan pada 5 Julai 2022 di Dewan Seri Tun Habab. Beliau yang merupakan penceramah selebriti ini sampai ke sekolah dan bersalaman dengan guru-guru lelaki SMk Tun Habab. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar SMK Tun Habab dan seterusnya sesi ceramah oleh PU Yeop. 

Usai ceramah bersama Pu Yeop, sesi bergambar dengan beliau turut diadakan dan pelajar bergerak ke kelas masing-masing. Moga intipati ceramah beliau sampai ke hati anak-anak Glorious Tun Habab. Tahniah kepada guru-guru penasihat dan ahli BADAR kerana telah melaksanakan program ini dengan jayanya. Alhamdulillah.

Copyright Themes © 2022