SMK Tun Habab Naib Johan Forum

SMK Tun Habab telah berjaya menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Forum Peringkat Negeri Johor. Pertandingan yang diadakan pada 17 Jun 2022 yang lalu juga telah menjulang nama Siti Hajar binti Zuraimi sebagai ahli forum terbaik walaupun tewas kepada Sekolah Tinggi Segamat. Manakala pengerusi forum terbaik pula jatuh kepada peserta dari Sekolah Tinggi Segamat. Pertandingan forum ini telah berlangsung menggunakan aplikasi Stream yard.

Peserta-peserta Glorious Tun Habab adalah terdiri daripada Siti Hajar binti Zuraimi, Siti Nur Insyirah binti Daud, Puteri Natasha Aleeya binti Mohd Hussin dan  Balqis Amani binti Zainal dengan bimbingan guru penasihat Cikgu Dorina Anak Tulis dan Cikgu Rohana binti Tayen. Tahniah buat mereka kerana telah bertungkus lumus membuat persediaan rapi.

Copyright Themes © 2022