Majlis Semesra Pertemuan Seteguh Ikatan Seindah Kenangan

Pada 6 Julai 2022 yang lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2022 telah mengadakan majlis minum petang di Hotel Double Tree, Johor Bahru. Acara yang berlangsung pada setiap tahun kecuali pada tahun 2020 dan 2021 bertemakan Red Carpet ini dimulakan pada jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang. Majlis berehat seketika pada jam 1.00 tengah hari untuk rehat dan solat Zohor dan disambung semula tepat jam 2.30 petang.

Pelajar-pelajar STPM 2021 dijemput untuk memeriahkan majlis dan turut hadir alumni STPM 2020 yang berkelapangan. Sijil penghargaan dan pencapaian pelajar dalam akademik dan kokurikulum turut disampaikan oleh Penolong Kanan Tingkatan 6, Cikgu Husna binti Abd. Hadi dan guru-guru akademik Tingkatan 6. Nyanyian daripada pelajar mengisi ruang persembahan pada majlis itu. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.

Copyright Themes © 2022