Rumah Tuah Johan Keseluruhan Kejohanan Olahraga Tahunan 2022

Pada 30 Julai 2022 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 49 SMK Tun Habab Tahun 2022 (KOT). KOT telah diadakan di Padang Asrama Pusat kota Tinggidengan menjemput Penolong Pegawai Pendidikan Pembangunan Bakat Murid Daerah Kota Tinggi, Encik Nor Azan bin Hamin. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang dimulakan oleh pembawa bendera kejohanan dan diikuti dengan rumah-rumah sukan Glorious Tun Habab yang diketuai oleh Ketua Rumah Jebat, Kasturi, Lekir dan Tuah. Kemudian bacaan doa oleh wakil pelajar dan diikuti dengan ucapan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Ucapan perasmian oleh Encik Nor Azan dan upacara menaikkan bendera kejohanan. Seterusnya bacaan Ikrar Kejohanan dan pemeriksaan barisan kontinjen rumah sukan.   

Usai perbarisan keluar kontinjen rumah sukan, acara sukan dimulakan dengan acara 100m dan 200m bagi lelaki dan perempuan. Setelah itu acara 4x100m dan 4x400m mengakhiri Kejohanan Olahraga Tahunan. Penyampaian hadiah bagi semua acara yang dipertandingkan dan anugerah khas kejohanan. Olahragawati/Olahragawan Harapan dimenangi oleh Suriyati bin Misono dan Gan Choo Yong. Manakala Olahragawati/Olahragawan SMK Tun Habab bagi tahun ini dimenangi oleh Kashwini a/p Raman dan Haris Huzairi bin Nasri. Rumah Tuan turut memenangi perbarisan rumah sukan. Manakala rumah Jebat menggondol hadiah bagi kategori Hiasan Rumah Sukan dan Maskot. 

Rumah Tuah berjaya menggondol hampir keseluruhan kategori yang dipertandingkan seperti kategori bawah 4 tahun, 15 tahun dan 18 tahun dengan memungut 32 emas, 25 perak dan 23 gangsa. Rumah Kasturi sebagai naib johan memungut 22 emas, 19 perak dan 27 gangsa. Rumah jebat pula mengutip 19 emas, 16 perak dan 18 gangsa berada di tempat ketiga dan seterusnya rumah Lekir mengutip 17 emas, 30 perak dan 22 gangsa.  Tahniah kepada semua guru penasihat rumah Tuah dan kontinjennya.

Copyright Themes © 2022