Pelancaran i-Glorious Oil Collector

Pada 3 Julai 2022 telah berlangsung Pelancaran Program STEM : i-Glorious Oil Collector (iGOC) ynag dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Habab, Cikgu Mohd Radzi bin Ismail. Majlis turut dihadiri oleh Yang DiPertua PIBG SMK Tun Habab, Puan Noriasah binti Sadek, Cik Salmiah binti Kassim (SISC+ yang mewakili PPD Kota Tinggi), Encik Muhammad Fahmi bin Soa’ib dan Encik Shahrul bin Zainurin dari MEV Perkasa Sdn. Bhd.

Program STEM ini telah mendapat kerjasama daripada Universiti Teknologi Malaysia, MEV Perkasa Sdn. Bhd. dan PPD Kota Tinggi. i-GOC ini bertujuan untuk mengukur isipadu minyak masak yang telah ditapis dalam aplikasi yang dibangunkan menggunakan Arduino. Secara tidak langsung, pengumpul akan menerima jumlah isipadu minyak masak terpakai yang tepat melalui telefon pintar.

Tahniah kepada semua guru pembimbing dan pelajar. Semoga berjaya sampai ke peringkat kebangsaan bagi Pertandingan Inovasi STEM.

Copyright Themes © 2022