Acara Sebelum Sukan Meriah

Demam Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke 49 telah bermula pada 26 Jun 2022.  Beberapa acara telah dipertandingkan seperti acara 200m, lari berganti-ganti 4x400m, 400m, 800m, 1500m, lompat kijang, lompat tinggi, lompat jauh, merejam lembing, dan melempar cakera. 

Sehingga sesi ketiga, rumah Tuah mendahului rumah sukan yang lain apabila mengutip 14 emas, 8 perak dan 12 gangsa. Manakala rumah Kasturi memungut 12 emas, 11 perak dan 10 gangsa. Diikuti dengan rumah Lekir dengan 8 emas, 14 perak dan 11 gangsa dan rumah Jebat 8 emas 9 perak dan 9 gangsa.

Kemuncak Kejohanan Olahraga Tahunan ini bakal berlangsung pada 30 Jun 2022 di Padang Asrama Pusat Kota Tinggi.

Copyright Themes © 2022