Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Habab Kali Ke 45

Mesyuarat Agung PIBG SMK Tun Habab Kali Ke 45 pada kali ini mengekalkan ahli jawatankuasa yang sama bagi tahun 2022. Mesyuarat yang diadakan pada 26 Jun 2022 ini adalah secara bersemuka setelah 2 tahun pandemik Covid 19 melanda dunia.

Puan Noriasah binti Sadek kekal sebagai Yang DiPertua PIBG pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada semua barisan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tun Habab. Semoga terus berusaha dengan pelbagai aktiviti untuk kecemerlangan anak-anak Glorious Tun Habab.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan YDP PIBG, Puan Noriasah binti Sadek. Kemudian diikuti dengan pembentangan laporan oleh setiausaha PIBG, Ciku Farhana Nabila binti Samsuddin dan bendahari PIBG, Cikgu Mohd Shahril bin Suleiman. 

Seterusnya pembubaran dan pelantikan AJK baru PIBG bagi sesi 2022/2023. Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian daripada bekas pelajar SMK Tun Habab dan cabutan bertuah. Majlis bersurai tepat jam 12.30 tengah hari.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini.

Copyright Themes © 2022