Majlis Aku Janji SPM & STPM2022

Pada 26 Jun 2022 telah berlangsung Majlis Aku Janji SPM dan STPM Tahun 2022. Pendaftaran ibu bapa dan guru pada jam 7.45 pagi dan persembahan multimedia. Bacaan doa dibaca oleh pelajar dan diikuti dengan pembentangan sasaran sekolah bagi PBD, SPM dan STPM oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil.

Seterusnya akad penyerahan dan ikrar aku janji oleh ibu bapa yang diketuai oleh wakil ibu bapa, Encik Mohd Faizul bin Sahidan. Diikuti dengan akad penerimaan dan aku janji oleh guru-guru SMK Tun Habab yang diketuai oleh Cikgu Khairil Anuar bin Mohamad dan seterusnya lafaz ikrar daripada calon-calon SPM dan STPM, saudara Muhammad Daniel Hafie bin Sahri dan saudara Muhammad Ilham Syakirin bin Ramlee.

Majlis selesai pada jam 10.30 pagi.

Copyright Themes © 2022