Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri

Pada 19 Jun 2022 telah berlangsung Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri Pemimpin Sekolah Tahun 2022 di dewan Seri Tun Habab. Majlis disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Kota Tinggi, Cikgu Norwanidi bin Hassan.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke Dewan Seri Tun Habab oleh pasukan kompang Glorious Tun Habab. Diikuti dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Saudara Abdul Hakim bin Abd. Aziz mengetuai bacaan doa dengan diikuti dengan ucapan aluan daripada Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Mohd Radzi bin Ismail yang mewakili tuan pangetua. Seterusnya ucapan perasmian oleh Cikgu Norwanidi bin Hassan dan nyampaikan watikah kepada semua pemimpin sekolah.

Persembahan pelajar yang dibimbing oleh Cikgu Nurashikin binti ishak  turut menyerikan lagi majlis ini. Lagu Mentera Semerah Padi dipersembahan oleh trio Muhammad Hazziq bin Mohd Helal, Muhammad Aqil Zahin bin Hairullah dan Raja Muhammad Farisdanish bin Raja Muhammad Putra. Manakala pasangan duet, Raja Muhammad Farisdanish Raja Muhammad Putra dan Amalyaazani binti Mohd Jehwan menyampaikan lagu Gurindam Jiwa.

Ketua Pemimpin Sekolah tahun 2022, Saudari Chia Wei Yi mengetuai lafaz ikrar pemimpin sekolah dan nyanyian lagu Anak Suria sebelum bersurai.

Tahniah kepada Jawatankuasa Majlis Wibawa Kepimpinan dan Integriti Diri Pemimpian Pelajar SMK Tun Habab Tahun 2022.

 

Copyright Themes © 2022