Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan

Alhamdulillah berakhir sudah Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-sekolah KPM (NKISS) Peringkat Kebangsaan secara hybrid yang dihoskan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Program ini telah berlangsung di SMKA Haji Mohd Yassin, Muar pada 23 hingg a25 Mei 2022.

2 orang Glorious Tun Habab telah terpilih mewakili negeri Johor. Walaupun gagal mendapat sebarang anugerah namun ini adalah pengalaman yang cukup berharga buat mereka berdua.

Saingan yang cukup hebat dari peserta-peserta SMKA dan sekolah aliran Bahasa Arab yang fasih mengeluarkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis mengatasi kebolehan anak-anak Glorious Tun Habab.

Terima kasih atas sokongan dan doa yang dititipkan kepada pelajar-pelajar kita. Moga tahun hadapan pelajar SMK Tun Habab dapat bangkit mengatasi segala halangan yang ada.

Copyright Themes © 2022