Persediaan Raya Desa Glorious

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal berlangsung pada malam ini. Majlis dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SMK Tun Habab yang diketuai oleh Cikgu Aliff Azrai bin Ahamad di Desa Glorious atau Dewan Seri Tun Habab.

Sambutan yang bertemakan Kampung Lat ini adalah sambutan yang terakhir buat penghulu kami, Tuk Penghulu Desa Glorious, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang bakal bersara pada tahun 2023. Semoga majlis ini berjalan lancar dan penuh kemeriahan.

Copyright Themes © 2022