Jerayawara Sekolahku SEJAHTERA bersama KPPM

Tanggal 24 Mei 2022, SMK Tun Habab telah mencatat sejarah apabila menerima lawatan daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia yang 18. Tepat jam 11.55 pagi, Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid selamat sampai ke Glorious Tun Habab.

Beliau terus membuat lawatan ke Makmal Perkomputeran untuk melihat aktiviti pelajar Tingkatan 6. Seterusnya beliau dan para pengiring dibawa melawat ke Glorious Cafe untuk melihat aktiviti dan pameran Duta Penggerak Digital. Lawatan dihentikan seketika untuk memberi peluang kepada beliau bermesyuarat dengan para pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Copyright Themes © 2022