Lawatan KPPM ke SMK Tun Habab

Tanggal 24 Mei 2022, SMK Tun Habab bakal menerima kehadiran tetamu istimewa iaitu Datuk Hajah Nor Zamani binti Abdol Hamid yang merupakan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM) yang ke 18. 

Seluruh warga SMk Tun Habab sangat berbesar hati menerima kehadiran beliau. Beliau adalah merupakan wanita ketiga yang dilantik sebagai KPPM. Memulakan perkhidmatan dalam bidang pendidikan sebagai Ketua Jabatan A Level di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Dalam tempoh 35 tahun, beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan antaranya Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sktor Dasar dan Kurikulum), Pengarah Pembangunan Kurikulum  dan Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta. 

Datuk Hajah Nor Zamani berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sosiologi dan Antropologi dan Ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Malaya.

Sumber

Nor Zamani KPPM Baharu

Copyright Themes © 2022