Majlis Bacaan Yaasin

Alhamdulillah, pada 19 Mei 2022 iaitu hari Khamis yang berbahagia, majlis membaca Yaasin telah dikembali semula diadakan seperti sebelum ini. Semua warga SMK Tun Habab termasuk guru-guru telah dijemput untuk berkumpul di Dewan Seri Tun Habab untuk sama-sama membaca Yaasin yang diketuai oleh pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) Saudara Muhammad Daniel Hafie bin Sahri dan Muhammad Nazirul bin Mohd Nazri.

Terima kasih kepada Saudara Mohd Haikal bin Mahat kerana menjadi pengacara pada Majlis Bacaan Yaasin pada hari ini.

Copyright Themes © 2022