Terima Kasih Kedai Emas Anuar

Terima kasih kepada Kedai Emas Anuar kerana telah membuat kejutan kepada warga SMK Tun Habab sempena Majlis Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan dua dalam satu ini telah berlangsung dengan meriahnya pada 16 Mei 2022. Selain menyediakan cenderamata untuk semua guru dan staf sokongan Glorious Tun Habab, cenderamata turut diberikan kepada pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil yang bakal bersara pada tahun 2023. 

Selain itu, duit raya juga turut diberikan kepada pelajar-pelajar yang menjawab soalan kuiz daripada Kedai Emas Anuar yang disampaikan oleh pegawai pemasaran Kedai Emas Anuar Negeri Johor, Encik Amir Asyraf bin Mazlan.

Terima kasih daun keladi, moga dapat hadir lagi ke SMK Tun Habab.

 

Copyright Themes © 2022