Sekitar Sambutan Hari Guru dan Hari Raya Peringkat Sekolah

Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA adalah tema perayaan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei pada setiap tahun. SMK Tun Habab menyambut Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri di peringkat sekolah. Program dimulakan dengan perarakan guru-guru SMk Tu Habab ke Dewan Seri Tun Habab dengan iringan paluan kompang.

Acara dimulakan dengan pemotongan kek sambutan Hari Guru oleh pengetua, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil. Kemudiaan diteruskan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku serta bacaan doa oleh pelajar. Cikgu Ruhaya binti Mohamad membacakan perutusan Hari Guru Ketua Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan seterusnya ucapan daripada tuan pengetua. 

Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran Hari Guru peringkat sekolah . Selepas itu, nyanyian lagu Hari Guru, lagu Selamat Hari Raya dendangan Ahmad Jais dan Kau Ilhamku. Usai nyanyian oleh barisan guru yang diketuai oleh Cikgu Murdiah binti Marzuki, penyampaian hadiah kepada pemenang bagi acara pertandingan boling tenpin, dart dan petanque dilaksankan. Tahniah kepada guru yang berjaya.

Majlis bersurai untuk memberi llauan kepada semua pelajar untuk menyediakan jamuan Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 6.

 

Copyright Themes © 2022