Perhimpunan Rasmi Sesi Pagi

Buat pertama kalinya, SMK Tun Habab mengadakan perhimpunan rasmi pada 9 Mei 2022 di Dewan Seri Tun Habab selepas dua tahun pandemik Covid 19 melanda negara dan dunia.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku. Diikuti dengan bacaan doa oleh pelajar Tingkatan 6. Kemudian ucapan oleh pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil.  Bacaan Ikrar dan lagu Anak Suria dinyanyikan sebelum perhimpunan ditamatkan.

Sesi penggambaran diadakan selepas itu dengan dikendalikan oleh Duta Penggerak Digital dengan bimbingan Cikgu Khairul Anuar bin Hasan.

Tahniah kepada semua barisan pemimpin Glorious Tun Habab dengan diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6.

Copyright Themes © 2022