Pelajar Glorious Tun Habab ke NKISS Peringkat Kebangsaan

20 orang pelajar SMK Tun Habab telah dipilih untuk mewakili kontinjen daerah Kota Tinggi untuk Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah-Sekolah (NKISS) peringkat negeri Johor. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam Negeri Johor. Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ialah Pertandingan Video Taaruf, Saringan Tazkirah Spontan (Qalam Qiadi) peringkat daerah dan sekaligus peringkat negeri Johor.

Dua orang pelajar Glorious Tun Habab telah dipilih untuk menyertai kontinjen Negeri Johor ke Nadwah Kepemimpinan Islam peringkat kebangsaaan yang bakal dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang :

1. Muhammad Haziq bin Mohd Faizal (4 Al Biruni)
2. Nur Aisyah Humaira binti Azli (5 Al Farabi)

Copyright Themes © 2022