Penggambaran Video Hari Raya 2022

Pada 14 April 2022 yang lalu, Unit ICT dengan kerjasama Kelab Guru dan Kakitangan telah mengadakan aktiviti penggambaran bagi klip video lagu Hari Raya Aidilfitri. Penggambaran adalah di sekitar sekolah dan Rumah Dang Anum kepunyaan Puan Hajah Mariam binti Abu Bakar yang terletak di Kampung Makam.

Klip video ini adalah dihasilkan sepenuhnya oleh Unit ICT dan Duta Penggerak Digital SMK Tun Habab. Lagu yang dijadikan trek dalam video ini bertajuk Nazam Lebaran dengan dinyanyikan oleh Cikgu Murdiah binti Marzuki (cover version Siti Nurhaliza).

Copyright Themes © 2022