Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 1443H / 2022M

Pelancaran Program Ihya’ Ramadhan 1443H telah berlangsung pada 31 Mac 2022. Program dimulakan dengan solat hajat dan diikuti dengan bacaan Yaasin dan Tahlil. Kemudian ucapan perasmian oleh tuan pengetua SMK Tun Habab, Cikgu Zakaria bin Abd. Jalil di Musolla Al Habib. Sesi tazkirah turut diadakan dengan menjemput penceramah, Ustaz Ahmad Taqiuddin bin Zaini dari SMK Taman Seri Saujana. Jamuan ringan turut diadakan selepas itu sambil meraikan ulang tahun guru-guru dan staf sokongan sekolah.

Tahniah kepada Kelab Guru dan Kakitangan kerana telah menganjurkan program ini.

Copyright Themes © 2022