Latihan DTC-JDT Telah Bermula

Latihan bolasepak DTC-JDT Kota Tinggi telah bermula. Pengurus pasukan DTC-JDT Kota Tinggi, cikgu Mohd Ulul Azmi bin Azis telah memaklumkan bahawa sesi latihan ini akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Rabu. Jurulatih yang melatih pasukan DTC-JDT Kota Tinggi ialah cikgu Zulhariri (ketua jurulatih), cikgu Mohd Ezaq bin Mohamed Zain dan cikgu Mohd Firdaus bin Sayed. 

Latihan yang bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang di padang awam Jalan Johor yang hadapan dengan bekas Hotel Apollo. Tahniah kepada jurulatih kerana telah giat memulakan latihan pada awal minggu kedua persekolahan.

Copyright Themes © 2022