Skip to content

SMK Tun Habab Bolot Hadiah


SMK Tun Habab telah membolot hadiah Kejohanan Bolasepak Koperasi Sekolah B16 yang bertempat di Stadium Taman Kota Jaya pada 25 November 2018. Kedua-dua pasukan DTC-JDT Kota Tinggi ini bertanding sesama sendiri apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada pusing separuh akhir. Perlawanan antara abang dan adik, Tun Habab 1 dan Tun Habab 2 ini telah berlangsung dengan meriah dan turut dihadiri oleh pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil. Kedua-dua pasukan berjaya membawa pulang trofi kemenangan dan wang tunai rm450.00. Tahniah kepada jurulatih dan semua pemain.

Leave a Reply