Pertandingan Tennis MSSD Kota Tinggi telah diadakan pada 23 – 25 Mei 2017 di Gelanggang Tennis Majlis Daerah Kota Tinggi. Â Pada pertandingan tersebut, wakil SMK Tun Habab, Izzah Hazirah binti Ros Husaini telah menjadi johan pertandingan tennis bawah 15 tahun. Tahniah diucapkan kepada peserta dan guru pembimbingnya.

#Sumber gambar daripada Encik Sairi





