Jerayawara Bersama Pengarah

Pada 13 Februari 2017 telah berlangsung Program Muafakat Pendidikan Negeri Johor di Dewan Seri Tun Habab.  Majlis anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Encik Azman bin Adnan.

photo_2017-02-13_12-13-38
Barisan pengetua, pegawai PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Timbalan Pengarah, Encik Azman bin Adnan
photo_2017-02-13_12-13-54
Para hadirin yang hadir semasa Jerayawara Bersama Pengarah

Program ini bertujuan untuk menerangkan hala tuju Muafakat Pendidikan Johor yang wajar dikongsi bersama-sama semua warga pendidikan di semua peringkat negeri Johor ini dan mewujudkan “sense of ownership” yang kuat di kalangan kepimpinan daerah dan sekolah. Majlis Jerayawara Bersama Pengarah ini dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Selangkah di Hadapan. Kemudian diikuti dengan bacaan doa dan ucapan aluan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, En. Md. Din bin Husein dan seterusnya ucaptama daripada Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

#Sumber gambar daripada Unit ICT SMK Tun Habab

Copyright Themes © 2022