Skip to content

Program Amal Air Ke Maahad Tahfiz Al Khairiyyah Mersing

  • by

Bersempena dengan Hari keluarga yang diadakan di Mersing Beach Resort, Kelabg Guru dan Kakitangan (KGK) SMK Tun Habab turut mengadakan Program Amal Air untuk pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al Khairiyyah yang dicetuskan ideanya oleh Ustaz Ahmad Fadzli b Muda. Ini adalah disebabkan daerah mersing yang mengalami catuan air selama dua hari. Air minuman ini adalah sumbangan daripada guru-guru dan staf sokongan SMK Tun Habab yang prihatin dengan masalah catuan air di Maahad Tahfiz tersebut.

photo_2016-05-22_13-29-39
Pengetua SMK Tun Habab, Encik Anuar b Sukiran turut hadir menyampaikan sumbangan air minuman kepada Ustaz Ariff, pengetua Maahad Tahfiz Al Khairiyyah
photo_2016-05-22_13-27-41
Orang kuat, Ustaz Ahmad Fadzli yang mencetuskan idea
photo_2016-05-22_13-27-55
Guru-guru dan keluarga turut sama-sama mengumpulkan air minuman untuk dihantar ke Maahad Tahfiz Al Khairiyyah

Selepas selesai menyerahkan air minuman, guru-guru lelaki yang hadir turut sama solat Asar berjemaah manakala guru-guru perempuan sempat meninjau kawasan Maahad tahfiz dan asrama pelajar perempuan.

photo_2016-05-22_13-30-36
Hampir 70 kotak air minuman yang dihantar
photo_2016-05-22_13-30-48
Pondok untuk mengambil wudhu’
photo_2016-05-22_13-30-28
Air yang disimpan dalam botol kecil untuk wudhu’ dan membersihkan diri bagi bekalan selama dua hari

Terima kasih cikgu! Budi baik cikgu hanya Allah membalasnya. Amin.

#Gambar adalah sumbangan Pn. Zeti Akhtar Abd Kadir 

Leave a Reply