Solat Sunat Gerhana Matahari

photo_2016-03-09_15-38-57 photo_2016-03-09_15-39-13 photo_2016-03-09_15-39-17 photo_2016-03-09_15-39-21

Gerhana matahari yang dirakam di SMK Tun Habab berlaku pada hari Rabu jam 8.05 pagi. Maka dengan itu jawatankuasa Musollah telah menganjurkan solat sunat gerhana matahari. Taklimat awal diberikan oleh ustaz Ahmad Fadzli bin Muda tentang tatacara menunaikan solat gerhana dan tentatif program pada hari ini.

photo_2016-03-09_08-39-47
Ustaz Ahmad Fadzli menyampaikan taklimat pelaksanaan solat gerhana matahari
photo_2016-03-09_15-20-15
Para jemaah mengaminkan doa yang dibaca oleh imam

Program dimulakan taklimat pelaksanaan solat gerhana, menunaikan solat gerhana bersama-sama dengan pelajar dan khutbah. Kemudian diikuti dengan penyampaian sumbangan daripada Bank Rakyat Kota Tinggi kepada Musollah Al Habib dan  cenderamata daripada sekolah kepada Bank Rakyat.

photo_2016-03-09_15-19-53
Wakil Bank Rakyat menyerahkan sumbangan RM3000
photo_2016-03-09_15-20-28
Penyampaian cenderamata oleh pengetua kepada wakil Bank Rakyat

Gambar ihsan Puan Norizah bt Zakaria dan Produksi  Majalah Sekolah

Copyright Themes © 2022