Cikgu Salwa : Oh My English!

Sekali lagi SMK Tun Habab kehilangan guru yang berdedikasi, cikgu Salwa bt Sharif  yang bertukar ke Pulau Pinang. Pada 8 Mac 2016, Kelab Guru dan kakitangan telah mengadakan majlis ringkas bersama dengan pelajar sesi petang di Musollah Al Habib. Turut hadir ialah pengetua, barisan pentadbir dan rakan-rakan guru di sesi petang. Terima kasih kepada cikgu Salwa kerana telah memberi tunjuik ajar dan bimbingan kepada anak-anak di sesi petang. Semoga beliau akan terus berkhidmat dengan gigih dan cemerlang dalam bidang pendidikan.

  Pucuk pauh delima batu,

         Anak sembilang di tapak tangan;

 Walau jauh beribu batu,

         Hilang di mata di hati jangan.

 

photo_2016-03-09_08-49-14
Wajah ceria, tiada lagi duka lara
photo_2016-03-09_08-48-27
Untukmu cikgu!
photo_2016-03-09_08-48-23
Cenderamata daripada PK Petang, Pn. Hjh. Athipah
photo_2016-03-09_08-47-44
Cikgu Akmal selaku pengerusi menyampaikan tanda kenang-kenangan daripada KGK

 

photo_2016-03-09_08-47-58
Mengamin doa kepada cikgu Salwa agar beliau bahagia bersama keluarga yang tercinta di tempat yang baru

Gambar Ihsan daripada En. Mohd Akhmal dan En. Ulul Azmi

Copyright Themes © 2022