ALHAMDULILLAH NAIB JUARA PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA UKM 2016

photo_2016-02-16_07-55-08
Barisan pemantun yang mewakil negeri Johor
photo_2016-02-16_07-55-37
Bergambar dengan tetamu kehormat dan para peserta yang terlibat
photo_2016-02-16_07-55-42
Barisan pemantun menerima hadiah sebagi naib johan

Ditulis oleh Norashikin bt Ishak.

Pasukan Genta Sri Habab di bawah bimbingan Puan Nurashikin binti Ishak yang membariskan pemantun Nik Zafifah binti Nik Mustaffa , Mohd Zaki Ikhwan bin Mohd Jehwan, Sharifah Nabilah binti Syed Hood dan 2 orang pemantun simpanan Tuan Nurazlina binti Tuan Ibrahim dan Harith Fazila binti Sulaiman telah berjaya merangkul Naib Juara dan Hadiah Busana Terbaik dalam pertandingan Pesta Pantun Integrasi Budaya 2016 bertempat di UKM Bangi bermula 10 Februari sehingga 14 Februari yang lepas.

Arena Pertama menyaksikan Pasukan Genta Sri Habab bertemu SMS Tuanku Munawer Negeri Sembilan dan kemenangan berpihak kepada Pasukan Genta Sri Habab dengan Pemantun Terbaik adalah Saudari Sharifah Nabilah binti Syed Hood.

Arena Kedua menyaksikan pertembungan di antara Pasukan Genta Sri Habab dan SMKA Al Irshad Pulau Pinang. Kemenangan juga berpihak kepada Pasukan Genta Sri Habab dan pemantun terbaik juga Sharifah Nabilah bt Syed Hood.

Arena 3 menemukan Pasukan Genta Sri Habab dengan SMK Dato Sulaiman Batu Pahat Johor dan menyaksikan kemenangan juga berpihak kepada Genta Sri Habab dan pemantun terbaik adalah Saudara Mohd Zaki Ikhwan bin Mohd Jehwan.

Arena 4 menyaksikan pertembungan dengan juara edisi 2015 SMK Song yang sememangnya tidak dapat dinafikan kehebatan mereka. Berkesudahan dengan kalah berbeza 3 mata dan Pemantun Terbaik adalah Saudari Sharifah Nabilah bt Syed Hood.

Pasukan Genta Sri Habab meneruskan perjuangan ke peringkat Suku Akhir bertemu SMKA Maahad Hamidiah Kajang dan sekali lagi kemenangan berpihak kepada Genta Sri Habab dengan menampilkan saudari Nik Zafifah bt Nik Mustaffa sebagai pemantun terbaik.

Bagi pusingan separuh akhir Pasukan Genta Sri Habab bertemu dengan SMK Tasek Utara berkeputusan SMK Tun Habab memenangi pertandingan dan pemantun terbaik adalah saudara Hafiz bin Rahman dari SMK Tasek Utara.

Peringkat Akhir menemukan sekali lagi Genta Sri Habab dengan SMK Song dan merupakan pertandingan yang sengit dan Pasukan Genta Sri Habab akur dengan Naib Juara dan seterusnya merangkul Anugerah Busana Terbaik bagi kategori sekolah dalam Pesta Pantun Integrasi Budaya tahun 2016.

Setinggi ucapan Terima Kasih buat Pihak penganjur Kolej Ibu Zain dan UKM serta rakan rakan pejuang Pantun daripada Teratak Pujangga Makrifat Melayu. Sesungguhnya pengalaman ini amat bernilai untuk kami jadikan sebagai penambah baik kepada pasukan pada masa akan datang.

photo_2016-02-14_16-18-35
Bersama guru penasihat, Puan Norasikin Ishak
photo_2016-02-14_16-22-38
SMK Tun Habab, Johor vs SM Song, Sarawak

Copyright Themes © 2022