Majlis Solat Hajat

Majlis Solat Hajat peringkat sekolah telah diadakan pada 1 Oktober 2017 di Dewan Seri Tun Habab. Buat pertama kalinya majlis ini diadakan pada sebelah pagi dengan dihadiri oleh semua calon-calon peperiksaan PT3, SPM, penggal 3 STPM 2017 dan penggal 1 STPM 2018 serta ibu bapa masing-masing. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Shaiful Anam untuk mengetuai solat hajat dan menyampaikan sedikit peringatan dan petua kepada pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan.

Tidak ketinggalan, pelajar-pelajar yang bukan Islam turut menghadiri taklimat ringkas yang disampaikan oleh Puan Vasanthi a/p Sandragasam di Dewan Tun Sri Lanang.

Pengetua, En. Zakaria b Abd. Jalil menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Shaiful Anam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *