Tio Guo Yong Pelajar Terbaik SPM 2018

14 Mac 2019 adalah tarikh pengumuman SPM 2018 di seluruh negara. Bertempat di English College Johor Bahru, Tio Guo Yong yang merupakan salah seorang calon SPM SMK Tun Habab telah diumumkan sebagai salah seorang pelajar terbaik yang mendapat 10 A+ di peringkat negeri Johor. Turut diumumkan pada majlis berkenaan ialah dua orang pelajar STPM 2018 SMK Tun Habab, Siti Nurain binti Azhar dan Siti Khadijah binti Abu Hasan sebagai pelajar terbaik STPM bagi kategori Calon Berkeperluan Khas (CBK). SMK Tun Habab tidak ketinggalan meraikan anak-anak Glorious Tun Habab yang mengambil SPM 2018 dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hari Graduasi. SMK Tun Habab telah mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.18 dan peratus kelulusan sebanyak 99.23. Seramai 8 orang pelajar mendapat A dalam lapan mata pelajaran. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar yang berjaya.
Tio Guo Yong Pelajar Terbaik SPM 2018 was last modified: March 14th, 2019 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: