SMK Tun Habab Unggul Sekolah Bestari Cemerlang

Persembahan muzik menggunakan Tab
Pada 31 Oktober 2018 pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil telah menerima trofi, sijil dan sejambak bunga coklat daripada Yang Berbahagia Encik Norul Haszarul bin Abu Samah iaitu Setiausaha Sulit Menteri Besar Johor bagi kategori Sekolah Bestari Cemerlang di peringkat negeri Johor di Institut Latihan Perindustrian Tangkak. Pada majlis berkenaan, SMK Tun Habab turut dijemput untuk membuat pameran. Duta Penggerak Digital (DPD) Rekacipta yang diterajui oleh Mohd Irfan dan Muhammad Amir Hariz berjaya mendapat perhatian daripada ramai pengunjung. Selain itu, DPD Glorious Tun Habab turut menayangkan beberapa video yang telah memenangi hadiah sama ada diperingkat negeri atau kebangsaan dan mempamerkan beberapa kategori robotik. Turut terlibat sama Produksi Matahariku SMK Tun Habab bekerjasama Duta Penggerak Digital Muzik dengan membuat persembahan secara langsung pada pembukaan dan penutupan majlis tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua.
SMK Tun Habab Unggul Sekolah Bestari Cemerlang was last modified: November 1st, 2018 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: