SMK Tun Habab Naib Johan Kriket

Pada 6 hingga 8 Oktober 2018 telah berlangsung Kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah 2018 di Sekolah Menengah Sains Muar. SMK Tun Habab telah mewakili daerah Kota Tinggi pada kejohanan berkenaan dan berjaya ke peringkat akhir. walaubagaimanapun, pasukan Glorious Tun Habab menyandang naib johan apabila gagal mengekang kemaraan pasukan daripada SMK Tengku Mahmood Iskandar. Tahniah kepada jurulatih, Encik Harison Rizal dan para pemainnya. Semoga johan akan menjadi milik kita pada tahun hadapan.

Leave a Reply: