SMK Tun Habab Johan STEM UTM-JPNJ

Pada 10 Oktober 2018, empat orang pelajar SMK Tun Habab telah menyertai pertandingan Kembara STEM UTM-JPNJ 2018 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pada pertandingan berkenaan, pasukan Glorious Tun Habab yang terdiri daripada Achmad Danish bin Achdiyat, Nursyazwani Najiha binti Misran, Liong Gele dan Tang Wei Cherng telah menjadi johan. Pertandingan ini adalah berbentuk pengembaraan dimana pelajar perlu menyelesaikan tugasan bagi setiap checkpoint yang memerlukan pelajar menjawab soalan kuiz, mencari maklumat, mereka cipta alat dan melancarkan alat tersebut. Aktiviti adalah seperti Young Botanist, Journey to the galaxy, Hot Air Balloon, Catapult and Baymax. Tahniah diucapkan kepada guru penasihat Puan Aisyah binti Ismail dan para peserta.

Leave a Reply: