SMK Tun Habab Johan HIP Bahasa Inggeris

Pada 29 September 2018 yang lalu, SMK Tun Habab telah bertandang ke SMK Kota Puteri 2 di daerah Pasir Gudang sempena Karnival Kokurikulum dan Keusahawan Sekolah-sekolah Menengah peringkat negeri Johor. SMK Tun Habab telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya meraih johan keseluruhan bagi pertandingan Highly Immersion Programme (HIP) Bahasa Inggeris. Manakala pasukan Bola Keranjang Glorious Tun Habab yang menyandang naib johan bagi pertandingan Hot Shot dan keempat bagi Liga Penalti Bolasepak pada karnival yang sama. Tahniah kepada semua guru penasihat dan peserta.

Leave a Reply: