SMK Tun Habab Johan Catur Bistari Johor Corp

Keupayaan SMK Tun Habab dalam permainan catur bistari memang tidak disangkal lagi apabila berjaya menjadi johan dalam pertandingan Catur Bistari Johor Corp yang berlangsung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai. Pertandingan yang berlangsung pada 19 September 2018 adalah bersempena dengan Karnival Transisi Ke Kerjaya & Kemahiran Murid Berkeperluan Khas Negeri Johor. Pelajar-pelajar yang bertanding adalah pelajar tingkatan 4 iaitu Asyurizan bin Togimin @ Mohd Amin (4 Al Biruni), Muhd Hassan bin Abd Razak (4 Al Khindi), Muhammad Azri bin Md Tahir (4 Al Farabi) dan Muhammad Azroy bin Mohd Nazir (4 Al Biruni). Tahniah kepada En. Mohd Talhah dan pelajar-pelajar bimbingannya.
SMK Tun Habab Johan Catur Bistari Johor Corp was last modified: September 20th, 2018 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: