Program Khidmat Masyarakat : Menghulurkan Sumbangan

Pada 3 September 2018, program khidmat masyarakat ini diteruskan dengan menghuluskan sumbangan kepada Puan Majalah iaitu ibu kepada salah seorang pelajar 4 Al Biruni, Nur Masitah Binti Bachok. Masitah dan adiknya yang telah sepuluh tahun kehilangan kasih sayang seorang ayah bergantung sepenuhnya kepada ibu. Ibunya telah lama menghidap kencing manis sehingga menyebabkan kakinya dipotong. Walaupun ibunya menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun jumlahnya tidak mencukupi. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan sedikit perbelanjaan perubatan Puan Majalah. Sumbangan ini adalah hasil daripada jualan pertanian yang telah diadakan pada 28 Ogos yang lalu.

Leave a Reply: