Program Khidmat Masyarakat : Mengedarkan Sarapan

Pada 3 September 2018, kru Produksi Matahariku SMK Tun Habab turut serta dalam program khidmat masyarakat yang diketuai oleh Puan Norashikin dan Puan Ku Sunira. Kru Produksi Matahariku telah mengedarkan sarapan kepada pekerja-pekerja SWM sekitar bandar Kota Tinggi. Program 4 hari ini yang diselaraskan oleh Puan Noorazlizawatie binti Ahmad ini mendapat sokongan padu daripada jentera pentadbiran terutamanya pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil. Beliau berpendapat program ini selaras dengan matlamat untuk membantu dan meningkatkan sikap prihatin dan peduli kepada masyarakat setempat dikalangan pelajar. Moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Leave a Reply: