Program Khidmat Masyarakat : Gotong Royong

Program khidmat masyarakat diteruskan dengan aktiviti gotong royong di surau Rumah Anak Yatim daerah Kota Tinggi pada 29 Ogos 2018. Pelajar-pelajar yang terlibat membersih dan menceriakan surau. Penolong Pegawai PPD Kota Tinggi, Tuan Haji Hasrin bin Abd. Samad turut menerangkan maklumat berkaitan dengan anak-anak yatim di sini. Beliau turut memaklumkan sekiranya ada kalangan penderma yang ingin memberi sumbangan, boleh terus menghubungi penyelia Rumah Anak Yatim, Encik Azhar secara langsung di pejabatnya.

Leave a Reply: