Pilihanraya MPPT6 Sesi 2018/2019

Tuan pengetua sedang memilih calon MPPT6
Pada 30 Ogos 2018, semua guru dan pelajar tingkatan 6 telah bersama-sama mengundi calon-calon yang bakal menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MPPT6) bagi sesi tahun 2018/2019. Buat pertama kalinya, pilihanraya kali ini menggunakan sistem undian berkomputer yang telah dibangunkan oleh En. Amin bin Zainal Abidin (PPTM FA29). Tuan pengetua, Encik Zakaria bin Abd. Jalil sangat gembira kerana cabaran untuk mengundi secara berkomputer ini telah realisasikan oleh organisasi tingkatan 6 dan sekaligus dijadikan sebagai fasa uji lari sistem. Hasil perbincangan bersama GPK Tingkatan 6, Puan Husna bt Abd. Hadi dan Guru Kokurikulum, Encik Saharudin bin Abdullah, maka sistem undian berkomputer versi 1.0 telah dilaksanakan. Pengetua sangat berharap agar sistem ini akan diteruskan untuk undian pilihanraya arus perdana pada tahun 2019. Tahniah!

Leave a Reply: