Pertandingan RERO Peringkat Kebangsaan

Pada 2 hingga 4 November 2018, Glorious Tun Habab telah menghantar wakilnya ke Pertandingan RERO Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Mines International Exbihition and Convention Centre (MIECC), Serdang Selangor Darul Ehsan. Pertandingan yang julung kali disertai oleh SMK Tun Habab di peringkat kebangsaan ini turut diwarnai oleh 29 buah sekolah-sekolah di Malaysia. Pada pertandingan berkenaan, SMK Tun Habab telah berjaya menduduki tangga ke-13. Semoga penyertaan ini dapat menyuntik semangat Anak-anak Suria untuk bertanding lagi pada tahun-tahun mendatang. Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Nor Akmal bin Salleh selaku guru pembimbing dan para peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 3 iaitu Muhammad Hafizzi bin Zahid, Muhammad Amir Harriz bin Mashuri dan Muhammad Irfan bin Mohd Jamil
Pertandingan RERO Peringkat Kebangsaan was last modified: November 7th, 2018 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: