Pemilihan Ketua Pelajar Tahun 2019

Pengetua bersama barisan calon Ketua Pelajar
Pada 31 Januari 2019 telah berlangsung Pilihanraya Pemilihan Ketua Pelajar bagi tahun 2019. Lima orang calon Ketua Pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 yang mewakili kepimpinan pelajar di sekolah telah diberi masa berkempen selama seminggu untuk mendapat kepercayaan daripada semua warga SMK Tun Habab. Buat julung kali, pilihanraya kali ini dilaksanakan secara berkomputer menggunakan Sistem E-Pilihanraya yang dibangunkan oleh Encik Amin bin Zainal Abidin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FA29) SMK Tun Habab. Pilihanraya ini dikelolakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 dengan kerjasama Unit ICT. Seluruh warga kerja dan pelajar-pelajar SMK Tun Habab telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang. Pengumuman siapakah yang bakal menjadi Ketua Pelajar akan dibuat oleh pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil.
Pemilihan Ketua Pelajar Tahun 2019 was last modified: February 10th, 2019 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: