Pameran Program Intervensi PIBK

YB Tuan Haji Aminolhuda menyampaikan sijil penghargaan kepada pengetua SMK Tun Habab, Encik Zakaria bin Abd. Jalil
Pada 3 Julai 2018 telah diadakan Program Intervensi Inisiatif #62 Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti peringkat negeri Johor di SJK (C) Mawai. Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama PPD Kota Tinggi. SMK Tun Habab telah dijemput untuk mengadakan pameran bagi Unit ICT dan JDT-DTC. Pada majlis berkenaan, Unit ICT telah mengadakan demonstrasi untuk rero robotik, maze runner dan studio gambar. Manakala JDT-DTC telah mempamerkan demonstrasi fisioterapi yang merupakan pertama dilaksanakan (MBAM sebagai rakan strategik) peringkat sekolah di Malaysia.

Leave a Reply: