Perhimpunan Akhir Cikgu Juriah Bersama Pelajar

Perhimpunan akhir bersama cikgu Juriah binti Jaafar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid berlangsung pada pagi ini. Cikgu Juriah telah diberikan penghormatan untuk berucap buat kali terakhir kepada anak-anak Glorious Tun Habab sebelum beliau berpindah ke SMK Linggiu. Dalam ucapannya, beliau amat berharap agar kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan akan diteruskan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan para pelajar yang sentiasa memberikan kerjasama sepanjang beiau berkhidmat di SMK Tun Habab. Pada perhimpunan akhir ini, beliau turut diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam pelbagai pertandingan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
Perhimpunan Akhir Cikgu Juriah Bersama Pelajar was last modified: April 14th, 2019 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: