MAJLIS PERSARAAN EN. HAMDAN

MAJLIS PERSARAAN EN. HAMDAN BIN AHMAD

 

26 April 2013 – Semua warga SMK Tun Habab telah menghadiri satu Majlis Persaraan En. Hamdan bin Ahmad yang bertugas sebagai pembantu tadbir di SMK Tun Habab. Majlis ini diadakan di Akademi Kemahiran dan Latihan Insan (AKLI).

Seperti yang kita sedia maklum, En. Hamdan merupakan salah seorang staf yang telah lama berkhidmat di SMK Tun Habab. Sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Tun Habab, beliau merupakan seorang staf sokongan yang pendiam dan tekun bekerja. Majlis seterusya diikuti dengan ucapan persaraan oleh En. Hamdan dan seterusnya sesi penyampaian hadiah persaraan daripada warga SMK Tun Habab kepada En. Hamdan.

Kepada En. Hamdan, terima kasih diucapkan diatas segala khidmat bakti yang dicurahkan tanpa rasa jemu kepada pihak sekolah. Pihak sekolah sangat bersyukur kerana mempunyai staf sokongan seperti En. Hamdan. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada En. Hamdan bin Ahmad.

DSC_0709  DSC_0719  DSC_0727  DSC_0738

MAJLIS PERSARAAN EN. HAMDAN was last modified: January 5th, 2015 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: