MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PSS DAN PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS PUSAT SUMBER (PSS) DAN PELANCARAN PROGRAM NILAM

 

15 April 2013 – Ibarat majlis dua dalam satu. Begitulah perumpamaan yang sesuai untuk Majlis Penyampaian Watikah Pengawas Pusat Sumber dan Pelancaran Program NILAM pada tahun ini. Majlis ini telah dijalankan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Majlis telah dimulakan telah bacaan doa oleh saudara Ahmad Kamil bin Rosir. Majlis ini telah dimeriahkan dengan  kehadiran pengetua, Cik Hajah Radiah binti Suliman , guru-guru penolong kanan, guru-guru serta para pelajar.

Seramai 58 orang pengawas pusat sumber telah dilantik pada hari itu.  Ucapan penghargaan telah disampaikan oleh pengetua yang menyeru agar setiap ahli pengawas pusat sumber sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan adil. Seterusnya, penyampaian watikah telah disempurnakan oleh pengetua kepada 58 orang pustakawan tersebut. Nur Elia binti Irwan dari kelas 3 Ibnu Sina telah bertanggungjawab mengetuai bacaan lafaz ikrar PSS pada hari tersebut.

Selain itu, pada masa yang sama, Program NILAM juga telah dilancarkan oleh pengetua sekolah ini bagi menyemai semangat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar. Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan anak bangsa selain memantapkan lagi kecemerlangan SMK Tun Habab di persada dunia.

 

DSC_0602

DSC_0608

DSC_0618

DSC_0641

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PSS DAN PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013 was last modified: January 5th, 2015 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: