Majlis Budimu Ku Sanjung

Pada 7 Oktober 2018, satu majlis ringkas telah diadakan di Dewan Seri Tun Habab. Majlis diadakan khusus untuk menghargai Puan Sara binti Ithnin yang berpindah ke SMK Bandar. Beliau adalah antara guru yang lama berkhidmat di SMK Tun Habab mulai tahun 2003. Semoga dengan perpindahan beliau ini, beliau akan terus menabur bakti dan berkhidmat dengan cemerlang. Semua warga Glorious Tun Habab mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Sara kerana telah berkhidmat kepada anak-anak suria (Anak Suria adalah nama lagu rasmi SMK Tun Habab) selama 15 tahun sebagai kaunselor di Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Majlis Budimu Ku Sanjung was last modified: October 8th, 2018 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: