Kadet Polis Johan Kawad Kaki

SMK Tun Habab meneruskan kecemerlangan dalam bidang kokurikulum apabila berjaya menewaskan pasukan Unit Beruniform daerah Kota Tinggi apabila berjaya menjadi johan pertandingan kawad kaki peringkat daerah Kota Tinggi pada 11 April 2018. Bertambah ceria lagi kem SMK Tun Habab apabila ketua platun Kadet Polis berjaya menyandang gelaran Ketua Platun Terbaik Sekolah Menengah. Namun dalam pada itu, Persatuan Puteri Islam Malaysia hanya menduduki tempat kelima bagi kategori Kawad Kaki NGO. Rezeki tidak berpihak kepada kita. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang terlibat dan guru-guru yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang latihan dan pertandingan ini diadakan.
Kadet Polis Johan Kawad Kaki was last modified: April 11th, 2018 by SMK Tun Habab

Leave a Reply: