Zulaikha Tempat Keempat CAKNA Peringkat Kebangsaan

Pada 25 Julai 2018 telah berlangsung pertandingan CAKNA (Cabaran Keselamatan Siber Nasional) peringkat kebangsaan yang berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Zulaikha binti Abdullah dari SMK Tun Habab telah terpilih untuk mewakili negeri Johor pada pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun Zulaikha gagal meraih sebarang tempat teratas. Semoga ini akan dijadikan pengalaman kepada anak-anak Glorious Tun Habab untuk cuba lagi pada masa akan datang. Muktamad, peserta dari Wilayah Persekutuan Labuan bergelar johan dan diikuti dengan peserta dari Kedah dan Perak. Bagi pertandingan National ICT Security Discourse (NICTSeD) yang diwakili oleh pelajar-pelajar Sekolah Tun Fatimah yang juga mewakili negeri Johor gagal mara ke separuh akhir apabila tewas dengan pasukan dari negeri Kedah pada pusingan suku akhir. Jangan putus asa.. Ayuh! Luaskan kuasamu Johor pada tahun 2019.

Leave a Reply: